US dolar kekal bergerak suram pada penghujung dagangan minggu lalu untuk mengakhiri dagangan pada penutup November.
Petunjuk terbaru akan diperhatikan pada minggu ini dengan beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan terutamanya laporan data pekerjaan NFP bagi bulan November.
Pun begitu, kebanyakan mata wang utama dilihat masih belum memanfaatkan peluang untuk mengukuh. Ada peningkatan harga berlaku, tapi perlahan.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan kenaikan pada corak dagangan minggu lepas namun tidak melepasi paras 1.06000.
Seperti minggu sebelumnya, paras 1.06000 menjadi rintangan yang menghalang cubaan bagi kenaikan harga lebih tinggi.
Di penghujung minggu lalu, harga juga mendatar di bawah paras rintangan tersebut sehingga ke sesi terakhir.
Menyambung dagangan di pembukaan awal minggu ini bagi permulaan Disember, harga menunjukkan penurunan menuju ke 1.05000.
Harga yang bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat untuk pergerakan bearish semula.
Sekiranya penurunan harga dilanjutkan melepasi bawah 1.05000, berkemungkinan harga boleh jatuh sehingga ke sekitar 1.04000.
Lebih rendah lagi, sasaran harga adalah mencecah paras terendah tahun ini iaitu sekitar 1.03330.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, rintangan pada 1.06000 kekal menjadi tumpuan utama untuk dilepasi.
Jika berjaya, kenaikan lebih tinggi akan dipacu untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 3 minggu menuju pula sasaran pada 1.07000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.