“BTC tak rilek betul, asyik menurun je tak nak naik-naik.”
Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang lebih hawkish daripada dijangkakan menjatuhkan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) ke $64,672 sehingga menyebabkan produk pelaburan aset digitalnya mengalami aliran keluar $600 juta pada minggu lepas.
Menerusi pemerhatian, Grayscale Bitcoin Trust ETF (GBTC) melihat aliran keluar terbesar 274.3 juta diikuti ARK 21Shares Bitcoin ETF (ARKB) dan Fidelity Wise Origin Bitcoin Fund (FBTC) yang masing-masing mengalami aliran bersih $149.7 juta serta $146.3 juta.
Meskipun begitu, sentimen negatif tidak terhad pada Amerika Syarikat (AS) sahaja susulan Kanada, Switzerland dan Sweden turut melihat aliran keluar kira-kira $15 juta, $24 juta serta $15 juta berbanding Jerman yang mempunyai aliran masuk $17 juta.
Namun perlu diketahui harga BTC telah menguji semula zon rintangan $67,000 sebelum merosot semula apabila BTC Dominance yang meningkat 0.91% pada 54.24% telah menunjukkan lebih banyak modal sedang dimasukkan ke dalam BTC berbanding altcoin lain.
Sepanjang hari lalu, jumlah BTC dipegang dalam bursa kripto yang menurun 0.06% pada 1.81 juta BTC membawa makna para pelabur bertindak memindahkan BTC daripada wallet bursa kripto ke wallet peribadi sekali gus memperlihatkan niat bagi memegang dan bukalah menjualnya.
Pasaran derivatif lebih aktif termasuk jumlah options open interest dan open interest niaga hadapan BTC yang meningkat sedikit mencadangkan traders menggunakan BTC untuk tujuan spekulasi dan melindungi nilai positions mereka yang ingin meminimumkan risiko.
Pergerakan BTC ke bursa kripto akan mewujudkan tekanan jualan selanjutnya, ulas penganalisis kripto popular Michael van de Poppe sambil menambah aktiviti jualan boleh membawa pada kenaikan jangka pendek dalam harga BTC kemudian kemerosotan besar.
Menurut Rekt Capital pula, BTC mungkin perlu melakukan pembetulan harga ke $64,000 terlebih dahulu sebelum menggunung tinggi tetapi trader terkemuka Titan of Crypto berpendapat aset digital itu boleh tergelincir sehingga $60,000 jika lihat pembentukan teknikal pada carta bulanan.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.53% pada paras $64,720 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.2 trilion seterusnya mencatatkan penurunan 5.88% sepanjang minggu lepas.