Niaga hadapan minyak mentah jatuh lebih daripada 4% pada hari Selasa hasil rangsangan oleh risiko geopolitik yang meningkat terhenti sementara pasaran menunggu isyarat Israel menyerang balik terhadap Iran.
Menurut Tamas Varga, penganalisis di broker minyak PVM berkata harga minyak boleh terus meningkat dalam tempoh yang lama berdasarkan persepsi walaupun bukan daripada gangguan bekalan.
Sementara itu, harga minyak telah melonjak lebih 7% sejak Iran melepaskan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke Israel pada minggu lalu yang meningkatkan lagi kebimbangan bahawa sasaran infrastruktur tenaga akan diberi perhatian.
Sebelum ini, Joe Biden secara terbuka tidak bersetuju untuk Israel menyerang kawasan infrastruktur Iran. Israel berkemungkinan akan menyerang tapak ketenteraan dan perisikan di Iran terlebih dahulu.
The Jerusalem Post juga melaporkan bahawa Israel dijangka akan memberi tumpuan kepada kemudahan ketenteraan dan perisikan.
Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin di Pentagon pada Rabu untuk membincangkan lebih lanjut perkembangan keselamatan yang sedang berlaku di Timur Tengah.
Selain itu, pasaran juga kecewa kerana pegawai China tidak mengumumkan sebarang rancangan rangsangan baharu pada taklimat akhbar Selasa.
Sebelum peningkatan di Timur Tengah baru-baru ini, pasaran dihanyutkan oleh sentimen menurun berikutan permintaan lemah di China, pengimport minyak mentah terbesar dunia dan kebimbangan bahawa bekalan minyak akan melebihi permintaan pada 2025.