“Hmm seriouslah, tapi agak-agak bila fasa kedua berlaku? Dalam bulan ini ke atau bulan depan?”
James Check, Ketua Penganalisis on-chain di Glassnode mendedahkan pasaran bull mata wang kripto bakal beralih ke fasa kedua dan terakhirnya yang akan dicirikan oleh euphoria* serta pergerakan harga mendadak.
*Tempoh dalam kitaran bull apabila peserta pasaran menerima ketamakan dan kenaikan BTC menjadi terlalu pantas
Menerusi pemerhatian, pasaran kripto sedang bergerak daripada bull bersemangat yang berada di bawah paras tertinggi sepanjang masa secara amnya pada bull euphoric, ulas Check lebih lanjut dalam temu bual eksklusifnya.
Ketua penganalisis Glassnode tersebut turut berkata bahawa fasa bull yang kukuh sudah bermula pada Oktober 2023 kemudian berakhir sejurus selepas Bitcoin (BTC) mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada awal Mac 2024.
Tambahnya lagi, fasa seterusnya bakal berlaku apabila ramai orang semakin teruja ditambah pula terdapat pergerakan turun naik lebih tinggi susulan peningkatan liputan BTC dalam berita akan membawa pada pencanakan permintaan.
Jadi di sini dapat dilihat harga kripto termasuk BTC akan menggunung sehingga bekalan kembali ke pasaran.
Sementara Check juga menyatakan sesungguhnya pasaran bull semasa adalah antara yang paling kukuh dalam sejarah BTC memandangkan correction lebih kecil yang berlaku sepanjang harganya menyaksikan kenaikan.
Suka dimaklumkan pasaran kripto tampaknya memperoleh sokongan secara pantas dan ini jelas merupakan satu petanda yang sangat baik.