“Korang yang peminat tegar memecoin tu boleh la jenguk-jenguk memecoin AI pula, tapi DYOR sendiri tau.”
Memandangkan jangkaan produk Artificial Intelligence (AI) semakin menggunung, banyak memecoin berkaitannya turut memacu tinggi pada bulan lalu disebabkan penerokaan AI oleh kebanyakan firma teknologi dan kewangan tradisional.
Jadi di sini dapat dilihat para peminat mata wang crypto mula berminat terhadap memecoin AI, oleh itu terdapat tiga memecoin teratas perlu diperhatikan pada minggu ini. Berikut adalah senarainya:
GROK
GROK yang kekal sebagai memecoin teratas dinamakan sempena chatbox AI yang disokong oleh Elon Musk telah melihat peningkatan 1.7% dalam tempoh 24 jam lalu dan memiliki modal pasaran $86 bilion dengan volum dagangan $15 juta.
Memecoin itu popular di kalangan peminat setia kripto susulan AI bukan sahaja disokong Musk malah disepadukan ke dalam platform media sosial X.
Pada tahun lepas, pasaran kripto menyaksikan sejumlah besar memecoin bertemakan GROK selepas pelancarannya menandakan minat lazim dalam AI.
Kizuna
Mendahului carta memecoin AI sebagai keuntungan terbesar dalam masa 24 jam lepas, Kizuna naik 37% untuk mengekalkan pertumbuhan 4% pada minggu ini sejurus selepas mencatatkan kerugian pada bulan lalu.
Sebagai memecoin AI yang sedang trend, Kizuna dan token lain boleh mendaki tinggi melalui kenaikan dalam platform AI.
TAO INU
TAO INU yang menunjukkan kekuatan ketara susulan canak 25% dalam masa 24 jam lalu telah jadi aset digital diperhatikan dalam ruang kripto disebabkan kenaikan harga dilakukannya di tengah-tengah kemerosotan pasaran lebih luas.
Meskipun begitu, lonjakannya telah berlaku selepas terdapat beberapa kerugian mingguan dalam pasaran kripto.