Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina diberikan masa 45 minit oleh pihak tentera untuk meletakkan jawatan dan meninggalkan negara berikutan aktiviti demonstrasi yang semakin serius.
Menurut laporan media India Today, Hasina yang tiba di pangkalan tentera udara India di Ghaziabad berhampiran New Delhi pada lewat Isnin berlepas dengan pesawat Tentera Udara Bangladesh.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu mahu memberikan ucapan mesej melalui kenyataan media kepada rakyat Bangladesh terhalang apabila ada segelintir pihak tentera turut memberontak.
Kini, tentera Bangladesh berpecah kepada dua puak iaitu satu memihak kepada Hasina dan satu lagi pihak terdiri daripada pegawai rendah serta pegawai pesara.
Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara tentera memberitahu Hasina bahawa mereka tidak akan menghalang protes yang akan dilakukan pelajar pada bermula Isnin.
Situasi demonstrasi mulai reda pada jam 9 pagi dan ia kembali kecoh selepas ribuan pelajar memasuki Dhaka dari sempadan Gazipur.
Ia bertambah buruk apabila berita berkenaan pihak tentera memaksa Hasina meninggalkan negara dalam 45 minit tersebar luas dalam sosial media.
Selain itu, ketua tentera Bangladesh Jeneral Waker-uz-Zaman mengumumkan tentera akan mengambil alih tugas kerajaan selepas Hasina melarikan diri dari negara itu di tengah-tengah protes ganas di seluruh negara.
Berdasarkan laporan Prothom Alo, pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal bagi mengelakkan rusuhan membarah. – Berita Harian