[Sponsored Article]
Pasaran emas pada sesi pembukaan asia hari ini telah didagangkan tenang sebelum berlangsungnya mesyuarat FOMC yang dijadual akan berlangsung pada jam 2.00 pagi Khamis.
Pasaran kini lebih cenderung menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah pada paras semasa untuk mesyuarat kali kelima berturut-turut.
Tumpuan utama pada pagi nanti tertumpu terhadap laporan ringkasan unjuran ekonomi Fed bagi unjuran suku kedua 2024, di mana ia akan mendedahkan sama ada data ekonomi negara Amerika yang kini kukuh bakal berterusan sekaligus mendorong Fed untuk mempertimbangkan semula hasrat mereka untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah dan sekiranya kadar inflasi pada tahun 2024 masih kekal di atas paras 2.0%.
Senario dagangan pasaran pada mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung itu nanti dilihat sekiranya Fed memberikan nada hawkish dalam ucapannya, ia sekaligus akan meningkatkan lagi permintaan terhadap matawang dolar.
Dan sekiranya ucapan yang bernada hawkish yang bakal diberikan oleh Jerome Powell bersifat konsistensi ia berkemungkinan akan mengehadkan reaksi pasaran. Walau bagaimanapun, sebarang ulasan dan nada bercampur-baur (hawkish/dovish) mampu mencetuskan turun naik pasaran yang sangat ketara.
Technical Analysis
Berdasarkan carta harian, formasi “pattern bull-flag” telah dilihat jelas terbentuk yang kini didagangkan disekitar paras harga $2,156.
Jika emas dilihat melakukan kenaikan ketara, $2,195 dilihat bakal menjadi penghalang utama.
Namun jika paras harga tersebut mampu dipecahkan, harga emas dilihat mampu diniagakan tinggi sekurang-kurangnya sehingga ke paras $2,250.
Sementara jika sebaliknya, paras harga $2,130 bakal diuji. Sekiranya paras tersebut berjaya dipecahkan, emas dijangka mampu diniagakan lebih rendah sehingga ke paras $2,110.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE