[Sponsored Article]
Dolar Amerika Syarikat (AS) terus mengukuh apabila pelabur bertindak balas terhadap sentimen pro-USD yang dipacu oleh jangkaan terhadap dasar pentadbiran Trump, walaupun data Indeks Harga Pengguna (CPI) AS bagi bulan Oktober menepati ramalan dan penggubal dasar Federal Reserve (Fed) tidak memberikan kejutan besar dalam ucapan terbaru mereka.
Kini, tumpuan beralih kepada data Indeks Harga Pengeluar (PPI) AS pada malam ini, yang dijangka menunjukkan peningkatan tahunan dalam harga pengeluar utama dan teras, berpotensi mengukuhkan lagi tekanan inflasi dalam ekonomi.
Selain itu juga, pemain pasaran turut juga akan memberikan tumpuan terhadap ucapan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell yang dijadual awal pagi nanti. Pemain pasaran menantikan sebarang petunjuk sama ada hala tuju kadar Fed mungkin berubah sebagai tindak balas kepada kemungkinan lonjakan inflasi yang didorong oleh perubahan dasar fiskal.
Di pasaran komoditi emas, data terbaru Commitment of Traders (COT) telah memberikan suasana menarik dalam pasaran emas. Bagi pasaran jangka pendek, pengurangan ketara dalam kedudukan pembelian oleh Non-Commercial menunjukkan peluang penjualan singkat jika emas gagal bertahan pada paras sokongan utama.
Namun, kedudukan Commercial telah memberi amaran kepada pedagang agar berwaspada terhadap sebarang kemungkinan pemulihan harga.
Risiko penurunan emas yang terhad memberikan peluang terhadap pembeli mungkin muncul jika emas dilihat mampu memepertahankan paras harga sokongan utama sekaligus berpotensi menjadi titik masuk strategik (Equilibrium) pasaran.
Analisis Teknikal Harga Emas
Berdasarkan carta harian, harga emas kini menghampiri paras support kritikal pada sekitar $2,536.34.
Jika paras tersebut berjaya dipertahankan emas dijangka melakukan kenaikan sekurang-kurangnya sehingga ke paras $2,633.27.
Namun jika sebaliknya, tumpuan utama pasaran dilihat akan tertumpu di paras harga $2,379.49.
Want to read more? Get Market Outlook which is a reference for institutions and professional traders. Register a trading account with Saracen Markets immediately to get it. – CLICK HERE