Situasi semasa pasaran turut jelas memberi kesan buruk kepada dagangan mata wang dolar Australia ketika ini menyaksikan nilainya berterusan susut sejak minggu lepas.
Selain pengukuhan US dolar yang membenam kebanyakan mata wang utama, faktor ketegangan geopolitik juga turut memberi impak mendorong kelemahan dolar Aussie.
Pelabur sedang berhati-hati menantikan tindakan yang bakal diambil oleh Israel selepas berdepan serangan udara oleh Iran pada hujung minggu lalu.
Ketegangan perang yang berterusan akan terus menekan dolar Aussie sementara US dolar akan memanfaatkan kelebihan untuk melanjutkan pengukuhan.
Seperti yang diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, harga telah menjunam sejak minggu lalu dan penurunan diteruskan bersambung pada pembukaan dagangan minggu ini.
Dari paras ketinggian 0.66400 dicapai minggu lalu, harga telah menjunam hingga melepasi paras 0.65000.
Pada Isnin semalam, harga memaparkan kenaikan yang lemah pada pembukaan awal sesi, namun gagal untuk menyentuh 0.65000 sebelum menyambung penurunan lebih rendah hingga sekitar 0.64400 di penghujung sesi New York.
Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga meneruskan penurunan dari paras 0.64400 hingga ke paras 0.64100.
Pergerakan harga di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu mencadangkan trend bearish akan berterusan.
Jangkaan penurunan lanjut harga akan menguji paras 0.63700 yang menjadi tumpuan pada dagangan November tahun lalu.
Untuk sasaran seterusnya, zon support 0.63000 bakal diuji selepas zon tersebut berjaya menghalang kejatuhan lebih rendah harga pada Oktober lalu.
Sementara untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula jika berlaku, zon 0.65000 akan dilihat sebagai sasaran yang bakal diuji sebelum harga memberi isyarat perubahan trend semula.
Melepasi zon itu akan menjangkakan rintangan seterusnya pada 0.65400 pula akan menunjukkan reaksi bagi petunjuk arah harga selanjutnya.
Lihat gambar carta pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG