“Banyak sangat ni token dicetak pada SOL, takut pump and dump je.”
Unknowingly, banyak token baharu pada bulan ini dicetak pada Solana (SOL) berbanding sebelum ini apabila terdapat lebih 72,202 token muncul di rangkaian itu dalam dua minggu lepas menggunakan token SPL*.
*Bermaksud Solana Program Library, yang merupakan koleksi program direka untuk menyokong penciptaan dan pengurusan token pada SOL.
Menerusi pemerhatian, penciptaan token baharu di SOL kini secara konsisten menyaksikan empat kali lebih tinggi daripada yang pernah berlaku sejak aset digital tersebut dilancarkan pada tahun 2020 susulan pedagang memburu keuntungan 1,000 kali ganda.
Like to be informed penggandaan penciptaan token SPL baharu mungkin disebabkan peningkatan dalam aktiviti umum, ujar Slorg yang merupakan penyiasat blockchain dan ketua projek tools SOL NFT dipanggil Sol Incinerator.
Namun, Slorg turut berkata pasukannya mendapati penipu telah mencipta berdozen token SOL baharu pada hari sama kemudian pump dan dump setiap token dalam masa beberapa minit sahaja sebelum beralih ke seterusnya seperti PUZZ, RUN, BABY DINO, dan DEGEN BOT.
Memang tidak dinafikan terdapat seorang lelaki melancarkan 300 token sendiri dalam seminggu, tetapi bukan setiap memecoin SOL digembar-gemburkan adalah rugpull follow up BONK telah melakukan pelan hala tujunya secara terperinci.
BONK telah melancarkan bot dagangan automatik BonkBot yang semakin mendapat tarikan di mana ia dibangunkan oleh pasukan dan pembina SOL terkemuka manakala Dogwifhat (WIFI) pula kekal dipermodalkan sejak dilancarkan bulan lepas.
Setakat penulisan ini, harga SOL mencanak sebanyak 7.35% pada paras $111.24 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $47 bilion tetapi masih merekodkan penyusutan 5.86% sepanjang minggu lepas.