“Asyik kena dakwa je Coinbase ni, jangan jadi macam Binance cukuplah.”
Coinbase, bursa mata wang kripto menghadapi satu lagi tuntutan mahkamah tindakan kelas baharu atas kesalahan mengelirukan para pelabur bagi membeli sekuriti yang dikatakan melanggar undang-undang sekuriti.
Tuntutan mahkamah tersebut berpendapat Solana (SOL), Polygon (MATIC), Near Protocol (NEAR), Decentraland (MANA), Algorand (ALGO), Uniswap (UNI), Tezos (XTZ), dan Stellar Lumens (XLM) adalah sekuriti.
Dituduh oleh pengadu, Coinbase bukan sahaja secara sengaja melanggar undang-undang sekuriti California dan Florida malah mengakui ia adalah “Securities Broker” dalam perjanjian penggunanya yang menjadikan sekuriti aset digital dijual oleh bursa kripto sebagai kontrak pelaburan atau sekuriti lain.
Selain mendakwa aset digital yang disenaraikan di Coinbase adalah sekuriti, pengadu menegaskan bahawa akaun Coinbase Earn telah melanggar undang-undang sekuriti melalui pengiklanan termasuk mempromosikan untuk hasil yang lebih tinggi.
Oleh demikian, plaintif menuntut ganti rugi berkanun di bawah undang-undang negeri dan pelepasan injuksi dalam tuntutan untuk perbicaraan juri.
Meskipun begitu, Coinbase bertindak meningkatkan pertikaian undang-undangnya bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) di mana mereka memfailkan rayuan interlokutori mengenai definisi kontrak pelaburan.
Menurut Paul Grewal, CLO Coinbase berkata sesungguhnya mereka mempunyai peluang kemenangan lebih tinggi susulan tafsiran kontrak pelaburan SEC tidak sejajar dengan Second Circuit dan kes Mahkamah Agung.