US dolar melanjutkan prestasi merosotnya dari awal minggu sehingga semalam apabila pasaran memberi tumpuan terhadap ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Washington DC semalam.
Walaupun tidak memberi petunjuk berkenaan waktu pemotongan kadar faedah akan dilakukan, namun pelabur menilai ucapan Powell bernada dovish dan ini telah memberi kesan penyusutan ketara kepada US dolar.
Powell menyatakan bahawa Fed berada pada landasannya untuk langkah pemotongan kadar faedah pada tahun ini.
Situasi penyusutan US dolar berterusan memberi ruang kepada kebanyakan mata wang utama lain dalam pasaran untuk meningkat termasuk Euro.
Dapat diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga meneruskan corak kenaikan pada dagangan Rabu semalam mencapai paras tertinggi terbaru 6 minggu.
Mengatasi paras minggu-minggu lalu, harga berjaya menembusi zon 1.09000 yang dijangkakan dan reaksi harga di sekitar itu diperhatikan.
Kenaikan tidak diteruskan, sebaliknya harga mendatar seketika di zon 1.09000 sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini.
Pergerakan harga masih kekal berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) menunjukkan isyarat untuk trend bullish berterusan buat harga.
Kenaikan harga jika berjaya diteruskan dari zon 1.09000 akan terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi minggu ini.
Sasaran masih akan terarah kepada paras 1.10000 sebagai tumpuan berikutnya untuk dicapai.
Namun jika harga berundur turun semula di bawah 1.09000, penurunan akan diperhatikan sama ada harga akan melepasi sokongan MA50.
Jika tembus lebih rendah, zon 1.08000 akan menjadi sasaran untuk diuji semula sebagai sokongan terhampir buat harga.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW