[Sponsored Article]
Pengeluaran data CPI AS semalam telah dilihat memberikan jangkaan terhadap Federal Reserve (Fed) untuk mengekalkan kadar faedah sedia ada lebih lama sekaligus memadamkan kemungkinan bagi Fed untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada Mac 2024.
Selain itu juga, ahli komiti Fed Loretta Mester telah memberitahu semalam bahawa terlalu awal bagi Fed untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah pada Mac 2024 berikutan laporan data CPI semalam.
Hal ini dilihat memberikan sentimen pengukuhan terhadap Dollar Amerika.
Namun begitu, 65% pemain pasaran beranggapan bahawa pelaksanaan polisi kewangan itu bakal berlangsung pada Mac 2024.
Emas telah diniagakan rendah sejurus pengeluaran laporan CPI semalam walaupun begitu tekanan geopolitik Houthi Timur Tengah di Laut Merah yang sedang berlangsung dilihat mampu menyokong harga emas semula.
Pada malam ini pula beberapa data dan peristiwa penting bakal berlangsung. “US Producer Price Index” dan ucapan daripada ahli komiti Fed Neel Kashkari dilihat akan menjadi peneraju utama pergerakan harga emas pada penutup minggu kedua hari ini.
Technical Analysis
“Rejection” kuat yang telah berlaku pada paras $2,017 dilihat menjadi tanda awal terhadap pemain “bullish”. Namun begitu paras harga $2,040 perlu dipecahkan untuk menjamin posisi bullish.
Jika ia berlaku emas dilihat mampu diniagakan tinggi sehingga ke paras $2,065 dan seterusnya $2,078.
Beberapa peristiwa dan data penting bakal dihidangkan pada malam ini, sebarang tekanan terhadap pasaran emas mampu menekan harga emas ke paras $2,000. Paras harga $2,017 dilihat akan menjadi lantai utama pada malam ini.
Log In/Register Saracen Markets Account And Get Access To MARKET OUTLOOK Document Which Is A Reference For Institutions And Professional Traders. Log In Now – CLICK HERE