Perubahan sentimen pasaran semasa turut mempengaruhi perubahan pada arah pergerakan harga pada carta-carta utama.
Laporan berkenaan serangan Iran yang dilancarkan ke atas Israel sejak semalam telah mencetuskan kebimbangan melihatkan situasi yang semakin tegang di Timur Tengah.
Dilaporkan dua siri gelombang serangan dilancarkan oleh Iran dengan lebih 400 peluru berpandu balistik menghujani ruang udara Israel yang mensasarkan beberapa lokasi tumpuan penting.
Sentimen pasaran risk-off ketika ini menyuntik pengukuhan semula ke atas US dolar sebagai mata wang safe-haven untuk memulih dari penyusutan sebelum ini.
US dolar pulih semula selepas Federal Reserve (Fed) pada minggu lalu melaksanakan pemotongan kadar faedah agresif serta Pengerusi Jerome Powell memberi isyarat bakal ada beberapa lagi pemotongan di penghujung 2024.
Memerhati pergerakan harga pada carta tumpuan pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan isyarat pergerakan bearish yang lebih jelas.
Sebelum ini beberapa cubaan kenaikan harga terkandas pada paras rintangan 1.12000 yang menyaksikan harga berundur turun semula seperti di awal minggu ini juga.
Namun pada Selasa semalam, situasi pengukuhan US dolar telah menekan harga jatuh terperosok lebih rendah menembusi zon 1.11000 yang gagal menahan harga.
Penurunan mencecah paras sekitar 1.10500 sebelum mendatar perlahan di penghujung sesi New York sehingga bersambung pada pembukaan awal sesi Asia pagi ini.
Kecenderungan harga masih dilihat untuk menyambung penurunan lebih rendah dengan sasaran menuju zon support 1.10000.
Jika zon tersebut juga gagal mengekang kejatuhan lebih parah harga, paras terendah terbaru 8 minggu bakal dicatatkan untuk jangkaan seterusnya mencecah 1.09000.
Namun jika kenaikan harga kembali diperlihatkan, rintangan terhampir harga adalah pada 1.11000 untuk dilepasi sebelum kenaikan lebih tinggi boleh diteruskan.
Kemudiannya paras rintangan 1.12000 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji sekali lagi seperti sebelum ini.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG