“Kadang-kadang, anda perlu makan ubat untuk baiki sesuatu.”
Sebaris nasihat daripada Trump ini melalui hantarannya di Truth Social telah berjaya mencetuskan panik global dan dalam masa 10 minit sahaja, $180 bilion lenyap dari pasaran saham Australia.
Kejatuhan sebanyak 6.4% itu adalah antara kejatuhan yang paling teruk sejak pandemik.
Dolar Australia jatuh di bawah 60 sen Amerika buat pertama kalinya sejak Mac 2020, menandakan tekanan inflasi yang bakal menghantui negaranya.
Sektor teknologi pula berdarah teruk.
Saham Life360 menjunam 10.99% kepada $16.10, satu tamparan besar bagi saham yang tahun lalu telah melonjak tiga kali ganda.
ZipCo, yang pernah digelar saham paling berprestasi tinggi di Australia tahun 2024, kini merosot 12.45% kepada hanya $1.12.
Menurut Ketua Pegawai Komersial dan Pakar Strategi Pasaran Moomoo, Michael McCarthy, situasi ini sudah cukup menggambarkan betapa seriusnya keadaan.
BHP jatuh 9.13% kepada $33.46. Commonwealth Bank, bank terbesar Australia, hilang 8.5% daripada nilainya kepada $140.90.
Pakar ekonomi kini memberi amaran bahawa risiko kemelesetan global bakal mencecah 50%.
Lebih membimbangkan, dunia mungkin sedang melangkah ke era stagflasi iaitu harga barang naik, kerja hilang.
Adakah dunia benar-benar bersedia hadapi ‘ubat pahit’ Trump ini atau ini baru permulaan?