Petanda kurang baik muncul pada pergerakan harga emas Selasa semalam membuatkan pelabur mula tak senang duduk.
Harga emas menjunam laju ke paras $2,900 di sesi New York semalam selepas beberapa hari dagangan harga yang mendatar di paras puncak.
Pelabur memerhati petunjuk lebih jelas untuk perubahan trend harga emas selepas isyarat awal untuk pertukaran kepada pergerakan bearish.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menjadi tumpuan ketika harga jelas paparkan terjunan semalam selepas bergerak mendatar di atas zon 2950.00 dari pembukaan awal minggu.
Harga susut mencecah 2888.00 sebelum melantun semula di atas zon 2900.00 dengan pergerakan harga di sesi Asia dan Eropah hari ini (Rabu) masih kekal di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Dengan isyarat bearish itu, harga cenderung untuk membuat kejatuhan lebih rendah sekiranya tarikan terhadap aset emas semakin menghilang.
Jika harga susut di bawah zon 2900.00, menguatkan jangkaan untuk penurunan harga sebelum menguji zon RBS (resistance become support) pada 2880.00 pula.
Namun, jika zon 2900.00 berjaya mengekang kejatuhan harga dari berlaku, pelabur berkemungkinan akan lihat semula kenaikan harga menuju zon puncak yang diuji sebelum ini.
Zon sekitar 2950.00 kekal sebagai tumpuan utama sebelum rekod baharu harga emas berjaya dipecahkan lagi.
Mampukah harga emas capai paras $3,000 sebelum dagangan Februari berakhir?
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK