Dagangan emas bergerak terumbang ambing pada pembukaan awal minggu semalam ketika terdapat isu yang mempengaruhi mata wang US dolar.
Isu tersebut berkait dengan konflik laporan berkenaan rancangan tarif Donald Trump yang dikatakan akan tertumpu pada sektor-sektor kritikal sahaja.
Namun, Trump menjawab di platform Truth Social milik beliau bahawa berita tersebut adalah tidak betul.
US dolar yang ketara terkesan turut membuatkan pergerakan emas bergelora pada beberapa sesi semalam.
Dapat dilihat pergerakan turun naik harga yang berlaku pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Ada lonjakan harga berlaku namun terbatas di bawah paras 2650.00 selain harga yang menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu gagal melepasinya.
Penurunan terendah harian harga pula dicatatkan di sekitar 2615.00 namun harga yang melantun semula akhirnya menutup dagangan sesi New York sekitar 2635.00.
Menyambung dagangan pada hari ini (Selasa), harga meningkat perlahan dan sekali lagi menguji halangan MA50 yang diperhatikan pelabur untuk mendapatkan petunjuk arah terbaru buat harga emas.
Sekiranya kenaikan lebih tinggi dipamerkan selepas jelas melepasi MA50 dan paras 2650.00, harga bakal menuju ke rintangan 2670.00 pula.
Namun jika harga menjunam jatuh ke bawah semula, paras yang dicecah semalam berkemungkinan akan dilepasi.
Seterusnya harga bakal mendatar semula pada zon sokongan sebelum ini pada 2600.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.