Sehari selepas Presiden Donald Trump mengenakan tarif baharu, China bertindak balas dengan mengenakan tarif 34% ke atas semua barangan dari Amerika Syarikat (AS), berkuat kuasa 10 April.
Ini menjadikan perang dagang AS-China kembali tegang, dengan jumlah tarif AS ke atas China kini mencecah 54%.
Namun, China tidak berhenti setakat tarif.
Beijing juga bertindak menyenaraihitamkan 11 syarikat AS, mengenakan kawalan eksport terhadap 16 lagi, dan menyekat penjualan tujuh bahan nadir bumi penting seperti samarium dan gadolinium – sebuah komponen utama cip dan teknologi tinggi.
Langkah yang dilihat sebagai cubaan untuk menggugat industri strategik AS secara langsung.
Selain itu, China turut memfailkan aduan rasmi di WTO, mendakwa tindakan AS melanggar undang-undang perdagangan global dan mengganggu rantaian bekalan antarabangsa.
Kesannya?
Pasaran saham dunia menjunam. Dow Jones jatuh 900 mata, Nasdaq susut 2.6%, manakala saham Eropah tergelincir 4.5%.
Sektor perbankan Eropah jatuh paling teruk sehingga melebih 9.5%.
Menurut seorang penganalisis, China tidak ada pilihan lain, tetapi tindakan ini berisiko memakan diri sendiri kerana ekonomi mereka yang rapuh selepas COVID-19.
Dengan nilai dagangan AS-China mencecah $582 bilion, ini bukan lagi rundingan.
Nampaknya China dah sedia untuk buka langkah kuda.