DeepSeek yang merupakan syarikat AI China kini menghadapi cabaran setelah syarikat swasta dan agensi kerajaan menyekat akses kepada platform AI tersebut.
Tindakan ini dibuat disebabkan kebimbingan mengenai kebocoran data dan privasi yang lemah.
Armis Inc, sebuah syarikat sekuriti siber melaporkan 70% pelanggan mereka telah meminta untuk menyekat akses kepada DeepSeek, yang kebanyakannya adalah daripada industri penting manakala Netskope Inc pula melaporkan lebih daripada separuh pelanggan mereka juga menyekat akses terhadap DeepSeek.
Kebimbangan ini berpunca daripada dasar privasi DeepSeek yang menyimpan data pengguna mereka di China yang memerlukan mereka untuk mematuhi peraturan kerajaan China.
DeepSeek juga mengutip data-data sensitif pengguna seperti audio, catatan, fail yang dimuat naik dan maklum balas yang dikhuatiri akan dikongsikan dengan pihak berkuasa.
Badan pemantau privasi Itali telah pun mengharamkan platform tersebut, manakala pengawal selia lain di UK dan Ireland sedang menyiasat bagaimana DeepSeek mengendalikan data pengguna mereka.
Pakar keselamatan siber juga telah mengenal pasti kelemahan dalam sistem platform tersebut, menunjukkan terdapat kemungkinan penggodam dapat memanfaatkan kelebihan DeepSeek untuk melakukan jenayah.