Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kekal dengan pendiriannya mahukan negara Greenland menjadi sebahagian daripada pentadbirannya.
Dalam ucapannya di Truth Social, beliau menjelaskan kepada Kongres untuk menyokong hak rakyat Greenland dan berhak memberikan kebebasan kepada mereka menentukan masa depan sendiri.
Walaupun pulau terbesar dunia itu sebahagian daripada Denmark, namun ia menikmati tahap autonomi yang tinggi dan pentadbiran hal ehwal dalam negeri tersendiri. Donald Trump sangat berminat untuk mengambil alih tanah tersebut demi keselamatan dunia antarabangsa.
Selain itu, beliau juga berjanji akan memastikan wilayah itu selamat dan menjadi kawasan pelaburan berbillion-billion dolar serta mencipta lebih banyak peluang pekerjaan yang membuatkan rakyatnya kaya.
Presiden Greenland, Múte Bourup Egede dalam ucapannya berkata rakyatnya tidak mahu menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat atau Denmark. Tanah mereka bukan untuk dijual atau diambil sesuka hati.
Masa depan Greenland hanya ditentukan oleh rakyatnya sendiri. – The Daily Beast