Emas mengecil lebih rendah kepada sekitar $2,795 semasa pembukaan minggu apabila logam kuning itu menghadapi tekanan daripada pengukuhan dolar selepas presiden Donald Trump menetapkan tarif pada hujung minggu lepas.
Pada jam 9.15 pagi, harga emas berada pada paras $2,783.27 iaitu susut 0.56% sejak ia dibuka pada awal dagangan Isnin di sesi Asia.
Sabtu lepas, Kanada dan Mexico dimaklumkan bahawa Amerika Syarikat (AS) akan mengenakan tarif 25% manakala China akan ditetapkan pada 10%. Sektor dagangan tenaga Kanada pula dikenakan tarif pada 10% sahaja.
Tarif tersebut mula dikuatkuasakan bermula hari Selasa.
Walau bagaimanapun, Kanada, Mexico dan China berjanji untuk membalas tindak balas kenaikan tarif eksport yang diumumkan Donald Trump dan berpotensi mengheret harga komoditi emas lebih rendah.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau tanpa membuang masa terus mengumumkan balasan tarif 25% ke atas Amerika pada hujung minggu, mencetuskan sentimen pasaran berisiko.
Melihat ke arah kitaran dasar Federal Reserve (Fed), permintaan pasaran aset selamat berpunca daripada ketidaktentuan dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global serta pembelian emas oleh bank pusat yang teguh.
Lonjakan emas setinggi 2% pada minggu lepas apabila pemain pasaran mencari perlindungan ke arah aset selamat di tengah-tengah kebimbangan mengenai pengurangan kadar.