US dolar dilihat masih mengekalkan pengukuhannya menuju dagangan ke penghujung minggu namun momentum diperhatikan mengendur sedikit.
Ini berikutan pelabur telah mula mengambil langkah berjaga-jaga untuk menunggu dahulu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan di sesi New York malam ini.
Laporan pekerjaan bagi bulan Disember itu akan memberi isyarat terbaru kepada Federal Reserve (Fed) dalam menilai hala tuju dasar monetari mereka yang seterusnya.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga tidak berjaya untuk menyambung corak penurunan di hari-hari sebelumnya.
Sebaliknya harga sekadar mendatar di zon 1.03000 sehingga ke penghujung dagangan sesi New York.
Walaupun mendatar, namun pergerakan harga masih menunjukkan isyarat bearish yang dilihat kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Jumaat) masih perlahan di sekitar 1.03000.
Sekiranya harga menyambung corak penurunan menuju ke bawah, sasaran adalah untuk menuju zon support pada 1.02000.
Mencecah ke sekitar itu juga dilihat mencatatkan paras terendah terbaru 3 tahun setelah melepasi paras dagangan minggu lalu.
Namun jika lonjakan kukuh berlaku, harga yang melantun naik dari zon 1.03000 dan menembusi halangan MA50 akan memberi isyarat untuk pergerakan bullish harga.
US dolar yang melemah boleh mengangkat harga naik menuju semula sekitar 1.04000 atau menguji paras rintangan di awal minggu pada 1.04300.
Penentuan adalah pada laporan pekerjaan NFP yang akan diterbitkan malam ini untuk arah dagangan pasaran yang lebih jelas.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.