Kenaikan harian sekitar 130 pips telah dicatatkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu semalam.
Situasi ini meleset dari ramalan awal penganalisis yang menjangkakan untuk harga turun ke bawah dengan kecenderungan untuk US dolar menyambung pengukuhan pada minggu ini.
Konflik laporan berkenaan rancangan tarif Donald Trump oleh media akhbar Washington Post semalam telah mencetuskan kecelaruan dalam pasaran di mana Trump turut memberi respon bahawa berita yang dilaporkan itu adalah tidak betul.
Seperti mata wang utama yang lain dalam pasaran, Pound juga mula menunjukkan pemulihan setelah dibenam jatuh oleh pengukuhan US dolar minggu lalu.
Setelah dibuka di atas paras 1.24000 di sesi Asia pada Isnin semalam, harga kemudiannya telah melonjak kukuh melepasi rintangan pada 1.25000.
Mencapai ketinggian sekitar 1.25500, harga mula berundur turun semula dengan dagangan perlahan di atas zon 1.25000 menutup sesi New York.
Kenaikan perlahan harga dipamerkan pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini (Selasa) menghampiri semula paras yang dicapai semalam.
Sekiranya corak kenaikan semakin rancak diteruskan, harga bakal menuju ke paras 1.26000 untuk menguji rintangan seterusnya itu.
Untuk kenaikan lebih tinggi melepasinya, sasaran akan beralih pula pada ketinggian sekitar 1.27000.
Namun, jika harga susut semula di bawah 1.25000, jangkaan penurunan harga akan kembali diteruskan seperti minggu lalu.
Harga bakal menuju 1.24000 sebelum isyarat untuk lanjutan penurunan lebih rendah akan diperhatikan.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.