Susulan pertumbuhan lemah dan peningkatan perbelanjaan terhadap kecerdasan buatan (AI) yang dilaporkan oleh Microsoft dan Google, pelabur mula mengharapkan laporan suku keempat perkhidmatan Web Amazon (AWS) dapat mengekalkan momentum positif.
Penganalisis meramalkan AWS akan mencapai kadar pertumbuhan tertingginya dalam lapan suku tahun, dengan peningkatan hasil sebanyak 19.3%.
Kedudukan Amazon diramalkan masih lagi kukuh berbanding pesaing yang lain oleh pelabur disebabkan faktor kepelbagaian perkhidmatan yang dapat diberikan oleh ‘cloud’ Amazon dan kurang kebergantungan terhadap AI.
Sebelum ini pelancaran DeepSeek telah beri kesan negatif terhadap sektor teknologi AS yang disebabkan oleh kos platform tersebut hanya melibatkan perbelanjaan yang sederhana.
Walau bagaimanapun, Amazon telah mengguna pakai platform AI DeepSeek ke dalam sistem mereka.
Amazon dijangka bakal mendapat kelebihan pada musim cuti memandangkan perbelanjaan pengguna AS mencatatkan $240 bilion pada November dan Disember tahun lepas.