Tanggal 24 Februari 2022, tercetusnya perang yang tidak dijangka antara Rusia dan Ukraine yang kini sudah masuk tahun ketiga serta mencetuskan persoalan besar mengenai keselamatan seluruh Eropah terutamanya peranan Amerika Syarikat.
Sudut pandang kuasa peperangan berubah, Rusia yang dahulunya dilihat sebagai kuasa besar ketenteraan kini berdepan kesukaran apabila sekatan besar-besaran dilakukan.
Manakala, Ukraine yang terpaksa menghadapi tekanan serangan teknologi canggih seperti dron telah mengubah landskap perang dan menganggap penggunaan alat tradisional seperti kereta kebal tidak lagi relevan.
Dari segi pentadbiran Amerika Syarikat pula, perubahan pentadbiran pada November 2024 telah mengubah nadanya dengan Joe Biden pada asalnya berpihak kepada Ukraine dan kini Donald Trump kini lebih bersikap transaksional dalam mendamaikan konflik.
Menurut kenyataan Setiausaha Pertahanan AS, Peter Hegseth berkata Amerika Syarikat secara rasminya tidak lagi menjadi penjamin keselamatan Eropah.
Kenyataannya itu telah mengejutkan ramai pihak dan mencabar norma keselamatan setiap negara apabila Amerika Syarikat telah menjadi ‘penjaga’ selama lapan dekad.
Hal ini bakal menguatkan strategi untuk memaksa Eropah meningkatkan perbelanjaan ketenteraan bagi memperkukuhkan lagi keselamatan negara masing-masing.
Kini, benua itu terpaksa menghadapi dunia tanpa sokongan AS sambil terus meneruskan sokongan tegas kepada Ukraine dan mendesak sebarang penyelesaian damai mesti bersifat adil.