Malaysia kini bertaruh besar untuk jadi kuasa semikonduktor ASEAN!
Rancangan ini bakal mencipta nama dalam arena semikonduktor global dengan pelaburan sebanyak $250 juta dalam tempoh sedekad menerusi kerjasama strategik bersama Arm Holdings Plc.
Ini bukan sekadar pelaburan, ini strategi untuk menguasai masa depan!
Pelaburan ini dibuat dengan berhasrat untuk menghasilkan cip pertama buatan tempatan dan membuka akses kepada rangkaian harta intelek (IP) Arm, memberi kelebihan besar kepada syarikat tempatan dalam reka bentuk cip dan AI.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melancarkan inisiatif ini pada Rabu semalam, menandakan satu lagi langkah bersejarah apabila Malaysia beralih daripada sekadar menguji dan membungkus cip kepada mencipta sendiri cip buatan tempatan.
Sasaran?
10 syarikat cip, $20 bilion setahun. Malaysia tak main-main!
Dalam perlumbaan teknologi global, Malaysia kini bukan lagi sekadar pemerhati – tetapi pesaing serius!