Bagi meredakan tekanan berterusan daripada Trump berkenaan Terusan Panama yang dikatakan mempunyai pengaruh China, kerajaan Panama kini dalam perbincangan untuk membatalkan kontrak dengan syarikat yang dimiliki oleh jutawan Li Ka-Shing iaitu Hutchison Ports PPC.
Hutchison mengendalikan dua pelabuhan utama berhampiran terusan tersebut yang kontraknya mula ditandatangani pada 1997 dan dilanjutkan sehingga 2047.
Perjanjian tersebut telah mendapat kritikan daripada peguam disebabkan perjanjian tersebut memberi syarikat pelepasan cukai dan menyerahkan terlalu banyak tanah, melanggar perlembagaan negara.
Panama telah melancarkan siasatan terhadap Hutchison Ports PPC selepas kerajaan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran bahawa China boleh menggunakan pelabuhan tersebut untuk tujuan ketenteraan.
Terusan Panama ini disiapkan oleh AS namun diserahkan semula kepada Panama dan menjadi laluan perkapalan yang penting, kerajaan Panama telah menjana kira-kira $5 bilion setiap tahun daripada terusan ini.