Presiden Donald Trump yang mengumumkan tarif baharu telah mencetuskan kebimbangan semula dalam pasaran sehingga turut memberi kesan terhadap pergerakan mata wang utama.
US dolar sebagai mata wang safe-haven turut mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko ketika menuju ke dagangan penghujung minggu ini.
Walaupun momentum perlahan, US dolar paparkan peningkatan nilai yang positif berbanding corak penyusutan berterusan sepanjang minggu lepas.
Minit mesyuarat FOMC dilihat tidak memberi impak ketara terhadap US dolar di awal pagi ini, seterusnya data tuntutan faedah pengangguran AS akan diperhatikan di sesi New York malam nanti.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan penurunan sehingga mencecah ke paras tumpuan 1.04000 di sesi New York semalam.
Namun, berlaku lantunan semula harga sebaik sahaja paras tersebut disentuh dengan kenaikan perlahan harga dilihat pada sesi Asia pagi ini (Khamis) di sekitar 1.04400.
Harga juga menguji garisan rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang akan diperhatikan sebagai petunjuk untuk arah harga selanjutnya.
Untuk menyambung corak penurunan lebih rendah, harga perlu menembusi paras sokongan semasa pada 1.04000 yang dicecah semalam.
Selanjutnya, penurunan harga akan diteruskan menuju ke paras tumpuan berikutnya yang berada pada 1.03000.
Namun, jika kenaikan harga yang melantun dari paras 1.04000 berjaya lepasi halangan MA50, berkemungkinan harga mampu mendaki lebih tinggi.
Isyarat untuk perubahan trend itu akan membawa harga naik menuju semula ke zon rintangan 1.05000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.