Taiwan pada Isnin melarang tegas jabatan kerajaannya daripada menggunakan perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) DeepSeek milik China bagi mengelak sebarang risiko keselamatan.
Taiwan yang ditadbir secara demokratik telah lama berhati-hati terhadap teknologi China memandangkan tuntutan kedaulatan Beijing ke atas pulau itu dan mengancam ketenteraan serta politiknya terhadap kerajaan di Taipei.
Semasa mesyuarat kabinet, Perdana Menteri Taiwan Cho Jung-tai berkata DeepSeek dilarang daripada digunakan di semua agensi kerajaan untuk memastikan keselamatan maklumat negara.
Katanya lagi, terdapat juga kebimbangan mengenai penapisan pada DeepSeek dan risiko maklumat milik China itu.
Kementerian Digital Taiwan telah memaklumkan pada Jumaat bahawa jabatan kerajaan tidak seharusnya menggunakan DeepSeek, tetapi tidak secara khusus mengatakan ia diharamkan.
Selain itu, pihak berkuasa di Korea Selatan, Perancis, Itali, Ireland serta negara lain juga telah meneliti penggunaan data peribadi DeepSeek. – Reuters