Pergerakan pasaran tidak menentu pada dagangan Khamis semalam apabila terhadap percanggahan maklumat berkenaan rundingan tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Presiden Donald Trump sebelum ini mendakwa rundingan dengan China berjalan lancar, namun Beijing mengatakan tiada rundingan berlaku bersama Amerika.
Pelabur mula mengambil langkah berhati-hati dengan jangkaan risiko boleh melanda pasaran semula selepas ini.
Momentum pengukuhan US dolar sebelum ini juga mula pudar dan tampak bergerak mendatar pada dagangan sesi New York semalam.
Meneliti pergerakan carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah membuat penurunan dari awal minggu menghampiri zon 1.13000.
Namun, harga dilihat melantun semula hampiri 1.14000 namun tidak berjaya bergerak naik melepasi zon rintangan tersebut.
Pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga berundur semula dari 1.14000 dan turut melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat bearish buat harga.
Penurunan harga boleh menuju ke sekitar 1.13000 namun perlu menembusi zon support itu untuk pergerakan bearish yang lebih jelas.
Jika penurunan diteruskan, harga bakal menuju paras-paras tumpuan sebelum ini pada 1.12000 dan 1.11000.
Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi zon rintangan 1.14000, isyarat pergerakan bullish akan dikenalpasti.
Kenaikan semula harga akan mendorong ketinggian pada awal minggu bakal dicabar sebelum menguji rintangan pada 1.16000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Markets. Daftar akaun di Saracen Markets dan muat turun aplikasi MetaTrader5 untuk dapatkan bonus menarik! KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS BONUS MENARIK