Panama telah memfailkan sebuah aduan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengecam kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengancam untuk “mengambil semula” Terusan Panama.
Kenyataan tersebut dibuat semasa ucapan perasmian Trump, dengan tuduhan terhadap China yang secara rahsia mengawal terusan tersebut melalui operator Hong Kong, Hutchison Ports, yang menguruskan pelabuhan utama di kedua-dua hujung laluan air tersebut.
Rentetan daripada ucapan tersebut, Panama telah melancarkan audit menyeluruh terhadap Syarikat Pelabuhan Panama untuk memastikan pematuhan terhadap perjanjian konsesi.
Walau bagaimanapun operator itu menafikan dan mempertahankan ketelusannya, dengan menyatakan semua laporan kewangan telah dikongsi dengan kerajaan Panama.
Presiden Panama Jose Raul Mulino menolak dakwaan Trump, menegaskan bahwa terusan tersebut bakal kekal sebagai sebuah kawasan yang neutral di bawah kedaulatan Panama tanpa melibatkan campur tangan dari negara luar.
Namun, dengan peribadi Trump yang terkenal dengan pendirian tegas, tidak mustahil tindakan ketenteraan bakal diambil, sekali gus menambah lagi ketegangan yang sememangnya sudah memuncak.