Tesla semakin kehilangan cengkaman di pasaran EV terbesar dunia!
Jualan EV buatannya menjunam 49.2% dalam setahun kepada hanya 30,688 unit – angka terburuk sejak Ogos 2022!
Sementara itu, pesaing utama BYD mencatat lonjakan jualan 90.4%, mencecah 614,679 unit, didorong oleh pelancaran EV pintar pada harga serendah USD10,000.
Rahsianya?
EV pintar pada harga serendah USD10,000, yang kini memaksa syarikat lain seperti Leapmotor dan Geely untuk menyertai perlumbaan harga dan mempercepat pengeluaran model mampu milik.
Tesla pula masih bergantung pada Model 3 dan Model Y, namun berdepan persaingan sengit dengan sekurang-kurangnya enam model baharu yang dilancarkan oleh pengeluar tempatan dalam setahun terakhir.
Tidak cukup dengan itu, Xiaomi YU7, yang bakal memasuki pasaran hujung tahun ini, dijangka menjadi pencabar terkuat.
Tekanan terhadap Tesla tidak berhenti di situ.
Di Eropah, jualan syarikat itu turut mencatat kejatuhan 45% pada Januari.
Dengan persaingan semakin sengit dan harga EV semakin agresif, persoalan kini timbul – adakah ini sekadar kemerosotan sementara, atau isyarat awal kejatuhan empayar automotif terbesar dunia?