Tarif yang dibangkitkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bukan sahaja telah mencetuskan ketegangan global malah menyalakan api perang perdagangan.
Tiada negara yang terlepas dari tarif yang menggila ini termasuklah Kesatuan Eropah (EU), yang telah dikenakan tarif sebanyak 25% ke atas aluminium dan keluli yang membuatkan EU dan Brussels segera merancang tindakan balas.
Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, mengecam langkah tarif itu sebagai “tidak berasas” dan berjanji akan bertindak balas dengan “langkah tegas dan seimbang.”
Ketua Perdagangan EU, Maroš Šefčovič, dalam satu kenyataan berkata bahawa pihaknya kini sedang menilai rancangan untuk membalas tarif tersebut, yang mungkin mengenakan juga tarif ke atas barangan AS sama seperti yang dilakukan pada 2018.
Namun, beberapa Ahli Parlimen Eropah, seperti Jörgen Warborn, berpendapat bahawa rundingan perlu diutamakan kerana saling berbalas perang tidak akan menguntungkan sesiapa.
Brussels sedang menyusun langkah balas tetapi adakah Trump benar-benar bersedia untuk hentaman seterusnya?