Kejatuhan saham syarikat-syarikat berkaitan dengan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) telah mendorong indeks saham Amerika Syarikat (AS) menjunam di awal minggu.
Namun, pergerakan Wall Street pada Selasa mendatar, tiada pergerakan ketara dicatatkan.
Pelabur gelisah memerhati indeks-indeks utama pada Isnin, menyaksikan S&P 500 merosot sebanyak 0.5% manakala Nasdaq Composite jatuh 1.21%. Tetapi berbeza dengan Dow Jones yang berjaya meningkat sebanyak 0.08%.
Palantir, sebuah syarikat yang terkenal dengan AI dan pertahanan, menghadapi kejatuhan mendadak 10.5%.
Kebimbangan pelabur terhadap laporan pendapatan yang akan dikeluarkan oleh NVIDIA mendorong saham syarikat tersebut turun sebanyak 3.1%.
Berita mengenai pelan pelaburan oleh Apple di AS yang bernilai $500 bilion dan pengambilan sebanyak 20,000 pekerja baru telah menyokong kenaikan saham Apple sebanyak 0.6%.
Petunjuk yang digunakan oleh Federal Reserve (Fed) untuk menilai tahap inflasi iaitu PCE AS akan dinantikan pelabur di penghujung minggu yang akan memberi maklumat mengenai perubahan dalam harga barangan dan perkhidmatan.
Fed memerhatikan indikator ini dengan teliti kerana ia memberikan gambaran luas tentang arah aliran inflasi dan membantu dalam menentukan keputusan dasar monetari.