Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam dilihat gagal menyambung corak lonjakan sebelum ini apabila menunjukkan reaksi yang mendatar sebelum menyusut semula.
Pemulihan semula US dolar yang merosot dari awal minggu dilihat telah menghadkan ruang bagi Pound melanjutkan lagi kenaikan ke paras ketinggian terbaru.
Jika diperhatikan, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam termasuk data pekerjaan ADP dan tinjauan sektor perkhidmatan AS adalah suram, namun US dolar tetap berjaya bergerak sedikit kukuh.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-pulih-gold-2032-64#t=0:00
Justeru, situasi ini telah menghalang harga menembusi rintangan pada ketinggian zon 1.25000 semalam yang telah dicapai susulan lonjakan harga pada Selasa lalu untuk rekod tertinggi 10 bulan.
Malah, harga mula menunjukkan penurunan di sesi New York semalam sekitar 70 pips dan bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD membuatkan pelabur berwaspada untuk perubahan trend.
Menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada penghujung minggu yang menjadi tumpuan utama, pergerakan tidak menentu harga akan dijangkakan.
Berkemungkinan harga boleh menyambung lagi penurunan dan bakal menuju ke zon tumpuan 1.24000 untuk pelabur perhatikan reaksi harga pada zon tersebut.
Jika tembus lebih rendah, isyarat bearish lebih kuat akan mendorong jangkaan harga menuju ke zon-zon kritikal sebelum ini iaitu pada 1.23000 dan juga zon 1.24000.
Namun jika harga harga berjaya melantun membuat kenaikan semula, rintangan pada 1.25000 akan diuji sekali lagi untuk ditembusi.
Selepas kembali bersedia untuk menyambung pergerakan trend bullish, harga dijangka akan catatkan paras ketinggian terbaru menuju sasaran pada 1.26000 pula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG