“Gary Gensler kena cari kerja lain la maksudnya, takkan dia dapat tampung hidup dengan $1 je.”
Tim Burchett, ahli parlimen Amerika Syarikat (AS) mencadangkan pindaan kepada Perkhidmatan Kewangan dan Kerajaan Am (FSGG) bagi menurunkan gaji Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Gary Gensler dengan membayarnya hanya $1 setahun.
Diperkenalkan pada 13 Julai 2023, rang undang-undang FSGG adalah bertujuan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan Gensler yang bertugas sebagai ketua SEC dianggarkan memperoleh $330,000 setahun.
Burchett bukanlah satu-satunya penggubal undang-undang yang menyasarkan SEC susulan rang undang-undang keseluruhan bermatlamat untuk mengurangkan pembiayaan secara drastik kepada beberapa agensi kerajaan.
Semasa memperkenalkan rang undang-undang itu kepada Jawatankuasa Peraturan Dewan pada 6 November 2023, Wakil Steve Womack menggariskan bahawa SEC telah menjadi beban kewangan tidak wajar kepada kerajaan.
Menurut Womack lagi, pengawal selia Amerika Syarikat (AS) tidak seharusnya bertindak sangat agresif terhadap pasaran kripto dan mereka patut memberikan fokus semula pada misi terasnya.
Memang tidak dinafikan agensi di bawah bidang kuasanya telah melaksanakan fungsi penting, tetapi ramai yang sudah tersasar daripada tugasnya sehingga menyebabkan rakyat AS mengalami kerugian besar.
Selain mewujudkan jawatan pengarah eksekutif dan pesuruhjaya keenam, rang undang-undang itu jika diluluskan turut akan memecat Gensler kemudian mengagihkan semula kuasa agensi antara pengerusi SEC serta pesuruhjaya
Ini bukanlah kali pertama Gensler dan agensinya mendapat kecaman hebat daripada ahli politik AS susulan Wakil AS Warren Davidson dan Tom Emmer pada 12 Jun 2023 telah memperkenalkan Akta Penstabilan SEC kepada Dewan Rakyat untuk menyingkirkan beliau sebagai pengerusi SEC.