“Ingatkan AS dah mendominasi pasaran kripto, rupanya belum lagi la.”
Memang sudah diketahui minat para pelabur dalam pasaran mata wang kripto yang semakin berkembang pesat telah menyebabkan banyak perniagaan baharu berpusu-pusu untuk bersaing dalam dunia aset digital.
Namun, Ketua Pegawai Undang-undang (CLO) Coinbase Paul Grewal bimbang Amerika Syarikat (AS) akan menyerahkan sejuta pekerjaan pembangun dan tiga juta pekerjaan bergaji tinggi kepada bidang kuasa luar negara.
Situasi tersebut mungkin berlaku sekiranya AS tidak meningkatkan sokongan dan komitmennya bagi memimpin ekonomi aset digital yang kian membangun, ulas Grewal lagi.
Susulan terdapat perdebatan hebat di AS baru-baru ini tentang semikonduktor yang sudah berpindah ke negara lebih jauh, CLO Coinbase itu gelisah industri kripto di AS akan semakin terhapus jika tiadanya persekitaran kawal selia semasa.
Selain menyokong industri kripto domestik dan memupuk teknologi baharu, Grewal turut berhasrat mengekalkan berjuta-juta pekerjaan yang bergaji baik daripada berpindah ke luar pesisir.
Suka dimaklumkan kripto adalah teknologi penting dan rakyat AS telah menegaskan bahawa mereka ingin aset digital sebagai sebahagian daripada masa depannya, oleh itu Grewal menyeru pelabur berkongsi pandangannya serta menghantar mesej kepada wakil rakyat.
Hal ini kerana 52 juta rakyat AS tidak akan berkongsi pandangan ataupun menjelaskan kepada wakil rakyatnya bahawa mereka ingin melihat peraturan adil dan seimbang yang wajar diluluskan untuk aset digital.
Oleh demikian, Coinbase kini sedaya upaya memastikan kripto akan menjadi sebahagian daripada perbualan kempen dan tapak web standwithcrypto.org susulan aset digital adalah industri terlalu penting dalam ekonomi AS.
Umum mengetahui negara G-20 bukan sahaja telah menerima pakai peraturan dan rangka kerja kripto malah sedang dalam perjalanan untuk berbuat demikian, jadi Grewal berkata AS perlu melakukan lebih banyak lagi untuk berada di barisan hadapan.
Memang tidak dinafikan AS semakin ketinggalan, tetapi beliau mendedahkan berita baiknya ialah negara itu masih mempunyai masa lagi kerana terdapat beberapa rang undang-undang yang sedang menunggu di Kongres.