Menilai dagangan aset berharga emas, pergerakan harga sepanjang minggu lalu menyaksikan corak yang mendatar dan perlahan ketika pelabur terus memerhati faktor-faktor yang mempengaruhi pasaran semasa terutamanya berkaitan US dolar.
US dolar sedikit kukuh mengakhiri dagangan penutup minggu lalu setelah mengalami penyusutan yang berterusan susulan krisis perbankan yang melanda.
Dengan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) akan memperlahankan pengetatan dasar, laporan data pekerjaan NFP akan diperhatikan pada Jumaat ini sebelum data inflasi Amerika Syarikat (AS) pula diberi tumpuan minggu hadapan.
Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga selama 2 minggu terbaru terbatas di bawah paras 2000.00 setelah tarikan aset safe-haven emas mula pudar.
Namun, sehingga minggu lalu harga emas dilihat masih bertahan di atas zon 1950.00 yang menjadi sokongan buat harga.
Pelabur sedikit gelisah pada penutup dagangan minggu lalu apabila emas yang gagal membuat kenaikan, kembali turun semula ke zon 1950.00 dan mengujinya pada dagangan awal minggu ini.
Pergerakan harga di bawah paras Moving Average 50 (MA50) mencetus isyarat berjaga-jaga kepada pelabur untuk kebarangkalian harga emas akan jatuh lebih rendah lagi.
Sekiranya harga emas susut melepasi zon 1950.00 di awal minggu ini, penurunan harga dilihat akan menuju ke paras tumpuan sebelum ini yang berada pada 1900.00 atau lebih rendah.
Namun, jika harga berjaya melantun semula, paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1987.00 bakal diuji.
Seterusnya, kenaikan yang diteruskan akan kembali menuju semula rintangan penting pada ketinggian 2000.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG