“Baru pelabur ingat nak bergembira, rupanya bagi harapan palsu je.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) berjaya mencapai $30,000 malam semalam apabila terdapat khabar angin yang mengatakan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah meluluskan spot BTC ETF iShares BlackRock.
Malangnya, maklumat tersebut sama sekali tidak benar susulan laman web SEC tidak mengesahkan kelulusan spot BTC ETF manakala BlackRock pula berkata kepada FOX bahawa ia adalah palsu, oleh itu harga BTC menjunam semula di bawah $29,000.
Memang tidak dinafikan BTC jatuh kembali selepas melakukan kenaikan tersebut, tetapi perlu diketahui harganya telah menunjukkan tanda-tanda sebelum khabar angin palsu itu muncul susulan ia mampu memecahkan zon rintangan $27,250 pada hari Isnin semalam .
Unit iShares BlackRock telah menyerahkan kertas kerja kepada SEC pada pertengahan Jun 2023 untuk penubuhan spot BTC ETF, bagaimanapun pengawal selia Amerika Syarikat (AS) sering kali menolak percubaan pelbagai syarikat dana yang ingin lancar ETF.
Suka dimaklumkan perkembangan undang-undang dan cadangan untuk BTC ETF khususnya di AS telah memberi keterujaan kepada seluruh pasaran kripto, ditambah pula keputusan oleh Mahkamah Rayuan AS di Washington D.C baru-baru ini yang memihak kepada Grayscale.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 4.06% pada paras $28,331 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $553 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan 2.85% sepanjang minggu lepas.
Manakala Ethereum (ETH) yang melepasi $1,639 telah jatuh semula pada $1,595 tetapi masih merekodkan pendakian 2.25% dalam tempoh 24 jam terakhir dan Ripple (XRP) raih kira-kira 1.70% pada $0.49.