“Siapa yang beli XRP masa harganya rendah mesti sekarang tengah gembira sakan kan.”
Tanpa disedari, mata wang kripto Ripple (XRP) berjaya mencapai paras $0.61 tetapi harganya mungkin akan menyaksikan pergerakan mendatar semula sekiranya aset digital tersebut tidak disokong oleh aktiviti perdagangan.
Susulan XRP telah menguji zon sokongan pada $0.60, harganya perlu melepasi zon rintangan $0.64 terlebih dahulu untuk meneruskan kenaikan sehingga $0.70 ataupun lebih lagi.
Namun sekiranya XRP gagal mengekalkan kedudukan pada $0.60, harganya mampu tergelincir ke $0.55 ataupun lebih rendah lagi pada $0.54 kemudian aset digital tersebut mungkin tidak dapat mencecah paras diingininya pada $0.70.
Menerusi pemerhatian, kadar pembiayaan untuk token XRP dilaporkan lebih tinggi di atas purata, oleh itu kenaikan harga XRP dapat diteruskan jika para pelabur tetap yakin dan terus bertindak mengikut sentimen.
Kadar pendanaan positif menunjukkan positions long mendominasi positions short susulan yuran pembiayaan diterima oleh kontrak long melebihi daripada short, jadi di sini dapat dilihat pedagang akan buat spekulasi tentang kenaikan harga XRP.
Bagaimanapun, Laporan Pasaran XRP Q3 2020 yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan bahawa volum dagangannya kekal pada tahap rendah walaupun harga aset digital tersebut menggunung hampir 73%.
Rentetan itu, salah satu faktor yang dapat mendorong harga XRP mencanak tinggi adalah kemenangan Ripple terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) termasuk sokongan daripada pedagang yang semakin meminati aset digital tersebut.
Setakat penulisan ini, harga XRP melonjak sebanyak 3.06% pada paras $0.60 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $32 bilion seterusnya merekodkan kenaikan 9.91% sepanjang minggu lepas.