“Apa la Israel ni, dia minta bantuan boleh, Hamas tak boleh pula.”
Bursa gergasi mata wang kripto Binance dilaporkan membekukan akaun dikaitkan dengan Hamas sejurus selepas mendapat permintaan daripada penguatkuasa undang-undang Israel.
Menurut Yi He, co-founder Binance berkata bahawa pembekuan tersebut telah disasarkan kepada Hamas dan bukannya rakyat Palestin.
Selain bercakap tentang Palestin mempunyai kerajaan teratur manakala Hamas pula adalah kumpulan militan tempatan, Yi He turut menyatakan tiada platform dagangan boleh menolak permintaan oleh Zionis itu.
Semalam pada 10 Oktober 2023, pegawai Israel telah membekukan akaun kripto Hamas dengan bantuan Binance dan penguatkuasa undang-undang pula mendakwa Hamas menggunakan akaun itu untuk mengumpul dana berkenaan perang melalui media sosial.
Namun sehari sebelumnya, komuniti Web3 tempatan di Israel melancarkan kempen amal untuk membantu orang awam Israel yang terjejas akibat konflik berterusan.
Dipanggil “Crypto Aid Israel”, inisiatif tersebut telah menyokong pendermaan dalam Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) ataupun token ERC-20 lain seperti Tether (USDT), jadi di sini dapat dilihat ia telah menerima $50,000 dalam aset digital.
Berbalik pada co-founder Binance, beliau sekali lagi menegaskan bahawa pengguna biasa termasuk orang awam Palestin tidak akan terjejas susulan daripada larangan itu kerana mereka tidak membekukan akaun rakyat Rusia semasa peperangannya dengan Ukraine tercetus.