“Mesti pelabur terkejut kan tengok harga BTC naik laju pastu jatuh pula.”
Sejurus selepas menggunung tinggi sehingga $37,955 pada 15 November 2023, raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) semalam malangnya menyaksikan momentum menurun semula apabila harganya jatuh ke paras $35,500.
Menurut CrediBULL Crypto, penganalisis terkemuka menjangkakan harga BTC akan melakukan retest pada $34,600 terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk memecahkan zon rintangan kuatnya pada $38,000.
CrediBULL Crypto turut berkata kebanyakan pengambilan untung adalah daripada pelaksanaan positions long dalam beberapa hari lalu, oleh itu retest boleh berlaku susulan penjual shorts didapati sudah keluar dari pasaran kripto.
Menerusi pemerhatian, terdapat $217.79 juta telah dicairkan oleh 77,200 pedagang daripada pasaran kripto dalam tempoh 24 jam lalu manakala angka kecairan aset digital itu pada masa ini adalah pada $61.42 juta.
Aliran menurun yang dilakukan oleh BTC itu bukanlah untuk jangka panjang susulan CrediBULL sungguh percaya sekarang adalah masanya bagi harga aset digital tersebut melantun semula ke atas.
Namun perlu diketahui penyusutan harga altcoin dapat mencerminkan betapa kuatnya kebanyakannya bergantung pada BTC, di mana Solana (SOL) turun lebih 8.81% manakala Cardano (ADA) dan Ripple (XRP) masing-masing jatuh 0.65% serta 3.98% dalam masa 24 jam terakhir.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 2.53% pada paras $36,535 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $714 bilion seterusnya mencatatkan penurunan 0.41% sepanjang minggu lepas.