“Memang harga SOL sekarang dah turun balik, tapi mungkin ini adalah petanda untuk naik lagi tinggi?”
Solana (SOL) berjaya menunjukkan pendakian luar biasa apabila harganya mencapai paras $68 setelah Cathie Wood yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ark Invest menunjukkan sokongan kuatnya terhadap mata wang kripto itu.
Semasa temu bual bersama “Squawk Box” pada Selasa lepas, Wood yang memuji protokol blockchain SOL telah berkata bahawa aset digital itu lebih pantas dan kos efektif daripada Ethereum (ETH).
Namun perlu diketahui ini bukanlah kali pertama Wood memuji SOL susulan beliau sebelum ini pada 1 November 2023 bukan sahaja telah menyerlahkan kecekapannya malah berpandangan aset digital itu mampu mengatasi ETH.
Memang tidak dinafikan Wood telah lama menjadi peminat tegar BTC dan pasaran kripto lebih luas, tetapi beliau sering menyuarakan kekecewaannya terhadap persekitaran kawal selia di Amerika Syarikat (AS).
CEO Ark Invest itu telah mengkritik tindakan SEC susulan lewat dalam meluluskan spot BTC ETF, tetapi dalam masa sama mempertahankan sifat Bitcoin (BTC) yang decentralized dan telus terhadap manipulasi pasaran.
Sungguhpun terdapat halangan pengawalseliaan, Wood tetap optimis tentang masa depan kripto di mana beliau berpandangan pasaran kripto mampu berkembang sehingga $25 trilion menjelang tahun 2030 disebabkan penerimaan institusi yang semakin meningkat.
Setakat penulisan ini, harga SOL menjunam sebanyak 10.25% pada paras $59.32 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $3 bilion tetapi tetap merekodkan kenaikan lebih 28.63% sepanjang minggu lepas.