Tiada perubahan pada sentimen pasaran semasa menyaksikan US dolar kekal didagangkan lemah pada Selasa semalam.
Raja mata wang itu berterusan mengalami susut nilai berbanding kebanyakan mata wang utama dengan turut dihimpit oleh bacaan data-data ekonomi terbaru.
Jumlah tawaran pekerjaan di Amerika Syarikat (AS) pada Februari dilaporkan menurun dengan catatan angka di bawah 10 juta, kali pertama untuk tempoh hampir 2 tahun.
Ini menyusuli rentak suram data indeks PCE dan tinjauan sektor pembuatan AS yang diterbitkan sebelum ini, mendorong Federal Reserve (Fed) untuk semakin memperlahankan dasar monetari mereka.
Situasi ini semestinya memberi kelebihan kepada mata wang Euro untuk menyambung lagi peningkatan nilainya ke paras lebih tinggi berbanding US dolar minggu ini.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-usd-parah-gold-hampiri-ath?utm_source=intraday.my&utm_campaign=wtshare&utm_medium=widget&utm_content=https%253A%252F%252Fsoundcloud.com%252Fintradaydotmy%252Fsis-fx-usd-parah-gold-hampiri-ath
Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD meneruskan lagi pendakian ke paras ketinggian terbaru mengatasi zon rintangan penting pada 1.09000.
Lonjakan pada sesi New York semalam mencapai paras 1.09700, paras harga tertinggi untuk tempoh dagangan 9 minggu.
Kini sasaran untuk harga yang dijangka mengekalkan corak menaik itu bakal menguji paras penting pada 1.1000 dan berkemungkinan boleh melepasi ke paras lebih tinggi.
Seterusnya, sasaran terbaru bakal beralih pula pada ketinggian sekitar 1.12000 pula.
Namun jika zon 1.1000 gagal ditembusi, sebaliknya harga mula berpatah arah membuat penurunan, pelabur akan berwaspada memerhatikan sebarang petunjuk perubahan trend.
Untuk jangkaan bagi penurunan, harga dilihat akan kembali menuju zon sokongan pada 1.08000 yang dicecah pada pembukaan awal minggu ini.
Penurunan lebih rendah boleh menuju semula paras-paras tumpuan sebelum ini pada 1.07000 atau 1.06000.
Tumpuan pada sesi New York malam ini adalah kepada data pekerjaan ADP AS serta tinjauan ISM bagi sektor perkhidmatan AS yang bakal memacu pergerakan lanjut US dolar.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG