“Wow betul ke? Patutlah pasaran kripto hijau-hijau je sejak kebelakangan ini.”
Morgan Stanley, firma gergasi perbankan pelaburan mendedahkan bahawa acara halving Bitcoin (BTC) yang akan berlaku dalam tempoh enam bulan lagi mungkin adalah petanda untuk pasaran mata wang kripto bangkit semula.
Hal ini kerana “crypto winter” mungkin sudah berakhir, ulas Morgan Stanley sambil menambah bahawa fasa apabila para pelabur mula menjual pegangan aset digitalnya kemudian menakutkan pelabur baharu biasanya bertahan 13 bulan sebelum harga mendaki kembali.
Memang tidak dinafikan harga BTC akan perlahan-lahan pulih daripada kejatuhan drastiknya, tetapi perlu diketahui minat pelabur dalam aset digital tersebut masih akan kekal rendah.
Bagaimanapun, Morgan Stanley berpandangan halving mempunyai kaitan secara langsung dengan kitaran kripto pada empat tahun lalu susulan mengehadkan bekalan BTC baharu dapat menyebabkan harganya naik lebih tinggi.
Meskipuun begitu, sesetengah penganalisis percaya kenaikan BTC susulan daripada peristiwa halving adalah kebetulan semata-mata kerana harga aset digital tersebut selalunya didorong oleh faktor makroekonomi.
Menurut pengarang Denny Galindo, masa dan pengeluaran BTC yang kini didagangkan pada $30,521 patut dipertimbangkan apabila sedang berada dalam percubaan untuk menandakan bilakah fasa kejatuhan pasaran kripto akan berakhir.
Secara konteks, halving BTC adalah apabila kadar pengeluaran bekalan aset digital tersebut dipotong separuh setiap empat tahun dan ia akan menjadikannya dua kali ganda lebih sukar untuk melakukan mining.