“Mesti ada sebab Coinbase bertindak sebegitu, mungkin ini untuk kebaikannya.”
Bursa gergasi mata wang kripto Coinbase memulakan penggantungan 80 pasangan dagangan bukan USD pada 17 Oktober 2023 bagi meningkatkan kecairan dan kesihatan seluruh pasaran aset digital.
Namun, pasangan yang menghadapi penyahsenaraian merangkumi pasangan dikaitkan Bitcoin (BTC), Tether (USDT) dan Euro susulan Coinbase ingin menilai kembali beberapa aspek operasinya yang mungkin akan mempengaruhi Coinbase Exchange, Advanced Trade serta Coinbase Prime.
Memang tidak dinafikan pedagang mampu terjejas, tetapi mereka dapat mengekalkan akses pada pasangan itu melalui order books* USD menggunakan baki USDC mereka dan ia dapat pastikan ekosistem dagangan berfungsi.
*Senarai elektronik order beli dan jual untuk sekuriti atau instrumen lain yang disusun mengikut tahap harga
Penyatuan USDC dilaksanakan oleh Coinbase pada April 2023 dapat membenarkan pedagang terlibat dengan order books USD, kemudian mengekalkan perdagangan tanpa gangguan dan menekankan kepelbagaian USDC dalam deposit, pengeluaran atau operasi perdagangan.
Walaupun terdapat banyak pasangan dagangan yang terjejas, volum kolektif Coinbase telah mewakili sebahagian kecil daripada aktiviti perdagangan globalnya pada platform.
Jadi di sini dapat dilihat bursa berpusat berkuasa dalam ruang perdagangan kripto susulan kecairan dan akses pasarannya yang luas, di mana Binance dan Coinbase berjaya menguasai pelbagai bidang kuasa sungguhpun pasaran kripto perlu mengharungi pelbagai cabaran.
Dakwaan SEC terhadap Coinbase atas kesalahan melakukan perdagangan sekuriti tidak berdaftar dan lain-lain telah menjejaskan keyakinan pelabur manakala Binance mendedahkan bahagian pasarannya semakin menyusut disebabkan tindakan agresif pengawal selia.