Carta harga pasangan mata wang GBP/USD paparkan pergerakan mendatar untuk pembukaan awal minggu semalam, tidak menyambung corak penurunan minggu lalu.
Kekurangan data-data ekonomi tumpuan menyukarkan harga untuk paparkan arah pergerakan lebih jelas.
US dolar pada sesi New York semalam bergerak lemah, tidak berjaya untuk meneruskan pengukuhan seperti minggu sebelum ini.
Namun, penganalisis menjangkakan situasi semasa berkemungkinan sekadar pembetulan harga sahaja dan US dolar masih berpotensi untuk mengukuh semula.
Pada dagangan sehingga ke sesi terakhir minggu lalu, harga pada carta GBP/USD telah membuat penurunan hingga mencecah ke paras 1.26000.
Paras tersebut dilihat sebagai support semasa buat harga dengan lantunan semula harga yang dipaparkan pada dagangan Isnin semalam menghampiri kembali paras 1.27000.
Walaupun paras 1.27000 masih ditembusi lagi sehingga dagangan bersambung ke sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini (Selasa), namun pergerakan harga yang sudah berada semula di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi isyarat awal perubahan trend.
Kenaikan harga perlu melepasi rintangan 1.27000 sebelum meyakinkan pelabur untuk meneruskan pendakian selanjutnya.
Jika kenaikan diteruskan, harga akan mencapai semula paras tumpuan pada dagangan sebelum ini seperti 1.28000 dan 1.29000.
Namun, jika sebaliknya harga kembali susut ke bawah, paras sokongan 1.26000 akan menjadi sasaran untuk diuji sekali lagi.
Tembus lebih rendah akan mendorong harga catatkan paras terendah terbaru dengan sasaran beralih ke paras tumpuan berikutnya sekitar 1.25000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG