Walaupun pergerakan harga perlahan di awal minggu, namun pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih terus mencatatkan paras terendah terbaru semalam.
Momentum positif pengukuhan US dolar di penutup minggu lepas masih memberi keyakinan terhadap pelabur untuk menyaksikan raja mata wang itu mengekalkan prestasi pada minggu ini.
Namun, pergerakan harga dijangka terhad pada semalam dan hari ini (Selasa) berikutan kekurangan data-data ekonomi utama untuk memacu pasaran.
Tumpuan akan terarah pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan menjadi tumpuan penting khususnya buat Federal Reserve (Fed) selepas laporan pekerjaan NFP telah diteliti pada Jumaat lalu.
Memerhati pergerakan pada carta GBP/USD, harga masih berlegar-legar di sekitar zon 1.31000 sejak penghujung minggu lepas hingga ke awal minggu ini.
Paras terendah terbaru dicatatkan pada penurunan semalam yang mencecah sekitar 1.30600 namun harga kembali melantun perlahan menghampiri 1.31000 pada sesi Asia pagi ini.
Harga yang masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi isyarat untuk trend bearish diteruskan.
Harga bakal catatkan paras terendah terbaru sekiranya penurunan melepasi paras semalam sebelum jangkaan untuk menuju ke zon 1.30000.
Paras tersebut merupakan kawasan support penting harga yang turut diuji pada dagangan 11 September yang lalu.
Walaupun cenderung untuk susut ke bawah, adalah tidak mustahil untuk kenaikan harga berlaku semula jika terdapat petanda terbaru yang mengubah situasi semasa.
Kenaikan harga di atas paras 1.31000 dan melepasi halangan MA50 boleh menjadi isyarat untuk lonjakan lebih tinggi berlaku selepas itu.
Untuk jangkaan kenaikan terhampir harga adalah ke sekitar zon 1.32000 yang menunjukkan reaksi pada dagangan minggu lepas.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG