“Haih tak pasal-pasal kena dakwa, cuba jangan buat hal Apple ni.”
Tuntutan mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah California terhadap Apple telah mendakwa firma gergasi itu memeterai perjanjian anti-persaingan bersama pesaingnya dalam pasaran Peer-to-Peer Payment (P2P) iOS.
Dilaporkan, Apple telah melakukan persetujuan dengan PayPal Venmo, Block Cash App dan Google Pay untuk menyekat penggunaan teknologi mata wang kripto decentralized dalam aplikasi pembayaran mereka.
Rentetan itu, empat pengguna termasuk Venmo dan Cash App yang perlu membayar yuran melambung susulan sekatan perdagangan Apple merentasi pasaran pembayaran P2P iOS telah memfailkan saman terhadap firma itu disebabkan melanggar undang-undang antitrust Amerika Syarikat (AS).
Susulan Apple menggunakan sekatan teknologi dan kontrak untuk melaksanakan kawalan tanpa batasan ke atas setiap aplikasi dipasang atau dijalankan pada iPhone termasuk iPad, pengguna itu menuntut persetujuan sama daripada mana-mana produk pembayaran P2P iOS sebagai prasyarat kemasukan.
Hal ini kerana tiada peserta baharu yang mengambil bahagian apabila Apple Cash, Venmo dan Cash App secara terus bertindak menaikkan yuran transaksi dan perkhidmatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Apple telah mengalih keluar semua perkhidmatan P2P berasaskan blockchain decentralized daripada platformnya yang cuba memperkenalkan ciri dan persaingan baharu dalam pasaran, oleh itu Apple dituntut untuk berhenti memasuki perjanjian anti-persaingan.
Bukan itu sahaja, Apple juga harus memisahkan perniagaan Apple Cash daripada operasinya yang lain untuk mengelak pengguna daripada menghadapi masalah dalam pembayaran P2P.
Suka dimaklumkan tuntutan itu adalah perkembangan penting dalam perdebatan berterusan tentang masa depan pembayaran aset digital dan mudah alih susulan ia boleh beri kesan ketara kepada pengguna, perniagaan dan pasaran kripto.