“Adakah Binance akan ikut cakap DOJ atau tetap berdegil untuk bertindak sebaliknya?”
Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tanpa berlengah lagi telah meminta Binance bagi membayar $4 bilion sebagai penyelesaian pada penyiasatan panjangnya terhadap bursa mata wang kripto tersebut.
Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance yang paling dikenali ramai telah didakwa atas beberapa kesalahan, antaranya adalah pengubahan wang haram, penipuan bank termasuk pelanggaran sekatan.
Rentetan itu, pengumuman tentang perjanjian penyelesaian mampu tiba seawal akhir November 2023, oleh itu Binance akan menjadi salah satu bursa yang mendapat penalti terbesar sepanjang masa untuk kes berhubung kripto jika mereka menerimanya.
Namun, perjanjian tersebut akan menyeimbangkan antara menghukum Binance secukupnya sambil membenarkannya terus beroperasi dan tidak menyebabkan pasaran kripto terkesan disebabkan masalah ditimpa mereka.
Menurut Matt Walsh, rakan kongsi pengasas di Castle Island Ventures menyatakan penyelesaian bersama peruntukan pemantauan sedia ada bukan sahaja dapat melindungi pelabur malah membenarkan Binance berkembang untuk menjadi bursa yang lebih institusi dan patuh.
Suka dimaklumkan seluruh pasaran kripto mampu menyaksikan kenaikan secara besar-besaran apabila pembayaran diselesaikan, ulas Walsh lebih lanjut.
Terdahulu pada Julai 2023, sebilangan besar eksekutif Binance telah meninggalkan bursa tersebut sebagai tindak balas pada pengendalian CZ terhadap siasatan DOJ, tetapi CZ berkata bahawa mereka meninggalkan firma itu secara baik dan semuanya atas sebab peribadi.